Isnin, 2 Disember 2013

Erti sebuah kehidupan....

    Setiap apa yang terjadi di dalam penghidupan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia dan tanpa sebab. Disebalik yang terjadi ada sesuatu yang kita harus pelajari dan fahami.

Jika kita tidak redah dengan sesuatu yang terjadi dari mana kita belajar IKHLAS
Jika semua yang kita inginkan dan impikan terus tercapai dari mana kita belajar SABAR.
Jika setiap doa kita terus dimakbulkan bagaimana kita hendak belajar IKHTIAR dan USAHA.

Seseorang yang taat pada tuhan bukan bermaksud dia tidak ada kekurangan
Seseorang yang rajin berdoa bukan bermaksud tidak ada masalah dalam hidup

Hanya tuhan yang berkuasa sepenuhnya mengatur kehidupan kita. Kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Ketika kerja kita tidak dihargai, saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.
Ketika hasil usaha kita dianggap tidak penting, saat itu kita sedang belajar KEIKHLASAN.
Ketika hati kita terluka sangat pedih, saat itu kita sedang belajar tentang KEMAFFAN.
Ketika kita penat dan kecewa, saat itu kita sedang belajar KESUNGGUHAN.
Ketika kita membayar sesuatu yang bukan tanggungan kita, saat itu kita sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.

Sentiasalah ikhlas, sabar, ikhtiar, berdoa, bersungguh, dan tersenyum. Kerana saat ini kita sedang belajar tentang erti kehidupan.

Buka hati bukalah minda. Tuhan meletakkan kita di tahap dan di tempat kita berada sekarang bukan kerana kebetulan. Tetapi kerana atas usaha kita sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. Harus anda ketahui dan fahami orang yang menjadi hebat dan luar biasa tidak terhasil melalui kesenangan, kemudahan, dan keselesaan. Tetapi mereka terhasil melalui kesukaran, kesabaran, kecekalan dan ditemani air mata serta percikkan titik peluh....

5 ulasan:

  1. Satu renungan yg sangat indah buat kakak renungkan dalam kehidupan seharian kakak ni. Bukan mudah mendidik hati berbanding mulut kata ok tapi hati kadang berbolak-balik. Cantik N3 ini - kakak suka. Terima kasih:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kak...bersihkan hati...keperibadian terbentuk dari hati

      Padam
  2. entry motivation bt up sebalik smgt ciktom..
    dlm hidup ni setiap perkra yg terjadi mmg ada hikmahnya yg tersembunyi utk kita sama2 muhasabah diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama kita muhasabah diri. banyak nikmat yg Allah berikan. tapi kita kadang2 alpha....

      Padam
  3. Allah is All knowing, setiap apa yg berlaku ke atas manusia mmg ada hikmah, nice entry, entri terapi jiwa =D

    BalasPadam