Isnin, 2 Disember 2013

Erti sebuah kehidupan....

    Setiap apa yang terjadi di dalam penghidupan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia dan tanpa sebab. Disebalik yang terjadi ada sesuatu yang kita harus pelajari dan fahami.

Jika kita tidak redah dengan sesuatu yang terjadi dari mana kita belajar IKHLAS
Jika semua yang kita inginkan dan impikan terus tercapai dari mana kita belajar SABAR.
Jika setiap doa kita terus dimakbulkan bagaimana kita hendak belajar IKHTIAR dan USAHA.

Seseorang yang taat pada tuhan bukan bermaksud dia tidak ada kekurangan
Seseorang yang rajin berdoa bukan bermaksud tidak ada masalah dalam hidup

Hanya tuhan yang berkuasa sepenuhnya mengatur kehidupan kita. Kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Ketika kerja kita tidak dihargai, saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.
Ketika hasil usaha kita dianggap tidak penting, saat itu kita sedang belajar KEIKHLASAN.
Ketika hati kita terluka sangat pedih, saat itu kita sedang belajar tentang KEMAFFAN.
Ketika kita penat dan kecewa, saat itu kita sedang belajar KESUNGGUHAN.
Ketika kita membayar sesuatu yang bukan tanggungan kita, saat itu kita sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.

Sentiasalah ikhlas, sabar, ikhtiar, berdoa, bersungguh, dan tersenyum. Kerana saat ini kita sedang belajar tentang erti kehidupan.

Buka hati bukalah minda. Tuhan meletakkan kita di tahap dan di tempat kita berada sekarang bukan kerana kebetulan. Tetapi kerana atas usaha kita sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. Harus anda ketahui dan fahami orang yang menjadi hebat dan luar biasa tidak terhasil melalui kesenangan, kemudahan, dan keselesaan. Tetapi mereka terhasil melalui kesukaran, kesabaran, kecekalan dan ditemani air mata serta percikkan titik peluh....

Sabtu, 30 November 2013

Semua yang terjadi ada alasannya....

       Pernah kah kita terfikir bahawa setiap yang terjadi dalam penghidupan ini sama ada pada diri kita atau sekelilingnya ada sebab dan alasan. Alasannya sama ada boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan itu menjadi pilihan pada kita. Pernah ke anda terjatuh. Kalau pernah kenapa anda boleh terjatuh. Pasti alasanya disebabkan tersepak batu. Implikasinya anda akan berhati-hati supaya tidak tersepak batu lagi. Namun setiap perkara yang terjadi yang mendatangkan musibah dan ketidakboleh terimaan dalam diri kita tidak semestinya kita ambil dan terima sebagai alasan yang menyakitkan. Namun ia sebagai alasan menguji kita untuk lebih cekal dan kuat. Mengapa tuhan mendatangkan malapetaka kepada hambanya. Alasanya kerana mereka yang membuat zalim di dunia ini. Mengapa tuhan menciptakan syurga dan neraka. Kan bagus kalau ada syurga sahaja. Boleh semua masuk syurga. Alasannya nanti semua orang akan buat jahat Tidak ada kebaikan di dunia ini. Begitu juga sebaliknya.

        Semua berlaku sudah ada ketetapannya dan alasannya. Terpulang kepda anda untuk memilih alasan yang baik atau yang buruk dalam hidup anda. Lihat mata air yang mengalir. Mereka tahu bahawa walaupun mereka melalui lopak, lurah, sungai. Namun mereka tetap akan mengalir ke sungai. Banyak penghidupan yang terjadi di dunia ini ada alasannya. Ia tidak sia-sia berlaku...

Jumaat, 29 November 2013

Seribu cermin...

UMeow...meow...meow. kedengaran kucing yang comel sedang berjalan di tepi rumah yang kosong. Kucing yang cantik berwarna kuning langsat dengan bulu yang halus itu berjalan keriangan berjalan meniti berangga rumah itu. Rumah itu kosong tanpa penghuni. Terdetik dihati kucing itu untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Lalu kucing itu melompat menaiki tangga dengan suara meow...meow...yang gembira. Sesampai di atas rumah dia terkejut melihat beribu wajah kucing didalam cermin itu. Wajah kucing itu sangat gembira dengan ekor yang bergoyang ke kiri ke kanan. Kucing itu  mengukir senyuman manis lalu dibalas dengan senyuman manis juga oleh wajah seribu kucing itu seperti sudah lama bersahabat."Sungguh menyenangkan rumah ini. Selesa dan mengembirakan. Saya pasti akan pergi ke rumah ini lagi". Kata kucing itu. Lalu dengan gembira ia melompat pergi dari rumah itu.

Selang beberapa jam seekor kucing yang comot dan tidak ceria lalu dan singgah di beranda rumah tersebut. Terdetik di hati kucing itu untuk masuk ke rumah itu. Dengan wajah muram dan tidak ceria dia melompat masuk menaiki tangga rumah itu. Sampai sahaja di atas rumah dia terkejut melihat seribu wajah kucing yang suram dan tidak ceria. Kucing itu mengembangkan bulu dan menegakkan ekor seperti sedia hendak bergaduh. Dengan wajah bengis, kuku dan taring tajam dia sekuatnya mengeluarkan suara. Namun kucing seribu wajah itu membalasnya dengan perbuatan yang sama. Dengan wajah ketakutan kucing itu melompat dan keluar dari rumah itu. "Saya tidak akan pergi ke rumah ini lagi. Rumah ini menakutkan". Kata kucing itu.

Begitu juga lah dalam kehidupan kita. Bagaimana kita memainkan memek muka dan raut wajah kita kepada persekitaran sama ada sahabat, keluarga atau orang sekeliling kita....

Khamis, 28 November 2013

Ombak pantai....

       Sss...sas...ssss...sas...bunyi ombak menghempas pantai. Tanpa rasa bosan dan jemu setiap detik pantai tanpa sunyi berteman sang ombak. Dalam deruman pukulan ombak terdengar suatu suara memecah bunyi ombak. "Aku takut menghadapi pantai. Aku takut mahu menghempas sang pantai. Aku takut sakit bila melanggarnya. Aku tidak berani melakukannya". Kata ombak pertama. Lalu ombak yang kedua memotong suara sayu ombak yang pertama. "Kawan kita adalah ombak, kita di ciptakan untuk ini, kita di takdir kan untuk menghadapi pantai. Jangan takut untuk menghadapinya. Mahu atau tidak kita mesti menghadapinya. Walaupun kita cuba lari dan mengelaknya. Jika itu memang sudah perancangan tuhan dan takdirnya. Kita kena hadapi walaupun pahit. Hadapinya dengan redah."

     Begitu juga lah kehidupan kita. Kadang kala kita takut mahu menghadapi realiti hidup kita. Kita takut mahu menghadapi rintangan di hadapan. Kita biarkan ketakutan itu menguasai perjalanan hidup kita. Kita takut untuk mati. Tapi kita tidak usaha untuk menghadapi mati. Kita takut untuk gagal. Tapi kita tidak usaha untuk berjaya.....

Rabu, 27 November 2013

Bunga mawar...

Suatu ketika terdapat seorang gadis yang begitu riang gembira sambil membawa pokok bunga mawar pemberian kawannya. Niatnya ketika itu tertumpu untuk menanam pokok bunga mawar tersebut. Tanpa membuang masa dia menyediakan pasu bunga dan tanah untuk menanam bunga tersebut. Selesai menanam bunga itu gadis tersebut menyiramnya dengan kasih sayang seperti dirinya. Di letakkan bunga itu di sudut yang paling baik supaya mendapat cahaya yang secukupnya.

       Hari demi hari berlalu, gadis itu menjaga bunga itu dengan penuh sayang. Di sirami dan di baja secukupnya.  Setiap rumput yang tumbuh di bersihkan. Hari terus berlalu. Bunga mawar tumbuh membesar mengelurkan tunas- tunas baru dan mengeluarkan kelopak bunga yang cantik. Namun timbul persoalan dan pertanyaan gadis itu. Banyak duri-duri tumbuh di pokok bunga mawar tersebut. Setiap kali gadis itu membersihkan dan merawat bunga itu pasti tangannya luka dan tergores oleh duri-duri tersebut. Hari demi hari tunas-tunas baru dan bunga mekar berkembang cantik. Namun gadis itu semakin sulit menjaganya disebabkan duri semakin banyak. Maka di tinggalkan lah bunga itu tanpa dijaga. Rumput terus tumbuh di sekeliling pasu hingga menjalar membelit pokok tersebut. Tunas-tunas baru terus tumbuh. Namun belum sempat tunas tersebut mekar berkembang. Ia layu menyembah bumi disebabkan tidak dirawat dan di jaga.
Tetapi belum sempat tunas-tunas

Begitu lah juga hati kita. Kita mengharapkan hati kita terus wangi mekar seperti bunga mawar. Namun harus kita sedari ada duri yang harus kita hadapi dalam hati jiwa kita. Dalam menghadapi ranjau hidup yang penuh rintangan. Cubaan dan dugaan adalah duri dalam hati kita. Jika kita takut menghadapi duri tersebut jadi lah kita semacam bunga mawar yang layu. Kita takut menghadapi rintangan, kelemahan diri dan dugaan. Jangan biarkan hati kita lemah, layu, jatuh kerana duri-duri di dalam jiwa.

Kita inginkan kebahagian, kegembiraan, dan ketenangan dalam jiwa. Rawat hati kita sebaik-baiknya supaya setiap goresan duri yang dihadapi bukan penghalang....

Isnin, 25 November 2013

Usaha tangga kejayaan...

Em... hari ahad sesuai atau masa untuk merehatkan badan. Namun hati ni meronta mau melihat dan meninjau tamu ahad. Maka berjalan berderum enjin kereta memecut menuju pasar tamu. Setiba di pasar pusing sekejap. Berjumpa kawan tengah duduk bisnes produk kesihatan. Otak kawan ni memang pikir pasal bisnes je. Asal jumpa ja memang topik pusing putar bisnes je. Tu yang best lepak borak dgn dia ni. Orang kata pemikiran kita boleh berkembang gitu hehe.

Banyak pengalaman dia yang kita boleh ambil iktibar. Pertama jangan malu dalam apa jua yang kita lakukan asalkan halal. Cth dalam bisnes klu malu nk jumpa pelangan baik tak payah bisnes. Pi duduk bawah pokok kelapa. Lagi satu bila kita gagal dalam 1 perkara atau bisnes tak bermakna kita akan terus gagal. Mungkin belum sampai rezeki kita yang sebenar. Jadi usaha lagi jangan cepat mengalah. Ada orang yang 1 ribu kali mencuba baru berjaya. Macam kfc yang kita suka sangat makan sekarang hehe....

kisah 4 batang Lilin



         Di dalam sebuah bilik yang gelap ada 4 lilin yang sedang menyala menerangi kegelapan bilik tersebut. Sedikit demi sedikit 4 lilin itu semkin terbakar melelehkan cairan lilin. Suasana begitu sunyi mengamit sepi dan diterangi oleh kesamaran cahaya 4 lilin tersebut sehinggalah terdengar perbualan mereka.

         Lilin yang pertama berkata: " Aku adalah damai ". Namun manusia tidak mampu menjagaku. maka lebih baik aku mematikan diriku sahaja !". Lalu sedikit demi sedikit lilin tersebut padam. Lilin yang kedua berkata " Aku adalah iman ". Sayang aku tidak berguna lagi ". Manusia tidak mahu mengenalku, apa gunanya aku menyala lagi ". Selesai sahaja berbicara tiupan angin memadamkannya. Dengan rasa sedih giliran lilin yang ketiga berkata. " Aku adalah cinta "." Aku tidak lagi mampu untuk terus menyala ". Manusia tidak lagi memandang dan mengangapku berguna". Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarga". Tanpa menunggu waktu yang lama padamlah lilin yang ketiga.

       Tiba-tiba tanpa diduga pada ketika itu seorang kanak-kanak masuk ke dalam bilik dan melihat ketiga-tiga lilin telah padam. kerana takut akan kegelapan budak itu berkata. "Eh ! apa sudah terjadi. kenapa kalian semua padam. kalian harus terus menyala. Aku takut akan kegelapan !". Lalu kanak- kanak tersebut menangis teresak-esak. Lalu dengan rasa terharu lilin keempat berkata. " Jangan lah kamu takut. jangan lah kamu menangis selama aku masih ada dan menyala, kita akan tetap dan cuba menyalakan ketiga- tiga lilin yang lain. " Akulah HARAPAN ". Kata lilin keempat. Dengan mata yang bersinar dan penuh harapan si anak kecil itu mengambil lilin harapan dan meyalakan kembali ketiga-tiga lilin yang telah padam.

       Apa yang tidak pernah mati adalah harapan yang ada di dalam hati kita. tidak kira tua atau muda semua mempunyai impian dan cita-cita yang terselit seribu harapan. Disaat kita hilang arah, putus asa, rintangan dan cubaan kita mengharapkan harapan yang mampu membawa sinar dan petunjuk jalan keluar dari segala permasalahan dan persoalan. kita mengharapkan suatu kekuatan dalam menghadapinya. semua ini kita satukan menghadap dan bermohon kepada yang Maha Esa. Tingkatkan keyakinan kepada Allah. Jagalah Allah pasti Allah akan menjaga kita. semoga kita boleh dan dapat menjadi alat seperti kanak-kanak tersebut untuk memberi sinar harapan setidak-tidaknya menguatkan semangat kepada mereka yang memerlukan. Kembalikan Damai, Iman, Cinta dan harapan yang hakiki....