Isnin, 25 November 2013

kisah 4 batang Lilin



         Di dalam sebuah bilik yang gelap ada 4 lilin yang sedang menyala menerangi kegelapan bilik tersebut. Sedikit demi sedikit 4 lilin itu semkin terbakar melelehkan cairan lilin. Suasana begitu sunyi mengamit sepi dan diterangi oleh kesamaran cahaya 4 lilin tersebut sehinggalah terdengar perbualan mereka.

         Lilin yang pertama berkata: " Aku adalah damai ". Namun manusia tidak mampu menjagaku. maka lebih baik aku mematikan diriku sahaja !". Lalu sedikit demi sedikit lilin tersebut padam. Lilin yang kedua berkata " Aku adalah iman ". Sayang aku tidak berguna lagi ". Manusia tidak mahu mengenalku, apa gunanya aku menyala lagi ". Selesai sahaja berbicara tiupan angin memadamkannya. Dengan rasa sedih giliran lilin yang ketiga berkata. " Aku adalah cinta "." Aku tidak lagi mampu untuk terus menyala ". Manusia tidak lagi memandang dan mengangapku berguna". Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarga". Tanpa menunggu waktu yang lama padamlah lilin yang ketiga.

       Tiba-tiba tanpa diduga pada ketika itu seorang kanak-kanak masuk ke dalam bilik dan melihat ketiga-tiga lilin telah padam. kerana takut akan kegelapan budak itu berkata. "Eh ! apa sudah terjadi. kenapa kalian semua padam. kalian harus terus menyala. Aku takut akan kegelapan !". Lalu kanak- kanak tersebut menangis teresak-esak. Lalu dengan rasa terharu lilin keempat berkata. " Jangan lah kamu takut. jangan lah kamu menangis selama aku masih ada dan menyala, kita akan tetap dan cuba menyalakan ketiga- tiga lilin yang lain. " Akulah HARAPAN ". Kata lilin keempat. Dengan mata yang bersinar dan penuh harapan si anak kecil itu mengambil lilin harapan dan meyalakan kembali ketiga-tiga lilin yang telah padam.

       Apa yang tidak pernah mati adalah harapan yang ada di dalam hati kita. tidak kira tua atau muda semua mempunyai impian dan cita-cita yang terselit seribu harapan. Disaat kita hilang arah, putus asa, rintangan dan cubaan kita mengharapkan harapan yang mampu membawa sinar dan petunjuk jalan keluar dari segala permasalahan dan persoalan. kita mengharapkan suatu kekuatan dalam menghadapinya. semua ini kita satukan menghadap dan bermohon kepada yang Maha Esa. Tingkatkan keyakinan kepada Allah. Jagalah Allah pasti Allah akan menjaga kita. semoga kita boleh dan dapat menjadi alat seperti kanak-kanak tersebut untuk memberi sinar harapan setidak-tidaknya menguatkan semangat kepada mereka yang memerlukan. Kembalikan Damai, Iman, Cinta dan harapan yang hakiki....

3 ulasan:

  1. cerita tauladan yg bagus..berharap kehidupan yg lebih baik..insyaAllah

    BalasPadam
  2. Thnks cik tom. InsyAllah. Hidup ni perlu motivasi. Salam knl. Mcm mana nak add friend dlm blog. ..

    BalasPadam
  3. setuju sgt.. kalau sentiasa berharap, insyaAllah semua pun akan lancar.
    singgah sini

    BalasPadam