Jumaat, 22 November 2013

Memahami sifat orang lain...

Faham dan memahami dua perkara yang berbeza. Kadang kala kita mahu orang lain memahami kita. Kita mahu orang mengikuti kehendak kita. Kita mahu orang ikut cara kita. Tetapi pernah ke kita meletakkan orang itu di tempat kita. Pernah kita tanya dia suka ke cara kita, dia selesa ke, dia setuju ke. Kita anggap kita lah yang paling betul.
Memang betul muka itu cermin hati. Memek muka kita akan mengambarkan apa yang ada dalam hati. Merajuk, marah, sedih, gembira dan konflik. Maka cermin lah wajah dan tanya hati. Sudah cukup diri kita memahami diri kita sendiri sebelum memahami orang lain. Ingat bawa orang lain juga seperti kita. Punyai perasaan dan kehendak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan